Anak kelahiran Kota Jelasin, Kota Bharu Bandaraya Islam.
Mendapat pendidikan awal di Tadika Tengku Anis Yayasan Islam Kelantan (91-92) dan Sek. Keb. Seri Kota, Kota Bharu (93-98). Pada masa yang sama menuntut di Tahfiz Al-Hilal (95-96) dan pernah mengikuti kelas IQRA' di Sek. Ren. Islam Aman.
Bercita-cita untuk ke sekolah berasrama, memasuki SM Sultan Abdul Halim (SMSAH Jenan), Jitra (99-03) sebelum ke Kolej Matrikulasi Kedah (KMM), Changlun.
Mendapat tawaran ke Matrikulasi Perubatan UIA namun memilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Menyertai program persediaan ke Rusia di INTEC UiTM, Shah Alam selama 3 bulan. Bermula Ogos 2004 sehingga sekarang menuntut di Volgograd State Medical University, Rusia dan insyaAllah akan menamatkan pengajian pada Julai 2010.
Dikatakan seorang yang pemarah dan sedikit pendiam, namun berasakan diri sudah berubah sedikit sebanyak setelah mencecah dewasa. Mempunyai seorang pasangan hidup yang ideal dari Kluang, Johor yang merupakan bekas pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP).
Berfikiran abstrak, mempercayai bahawa mempunyai otak kiri dan kanan yang seimbang. Gemar bersukan, menyukai sesuatu yang cantik dan seksi, bola tampar misalnya.